nice, innit? may Allah bless your marriage with sakinah, mawaddah and rahmah.
Love,
Bismillah
Dulu, kita tak kenal siapa Encik ‘Manat’ ni. Masa tu kita suci bersih lagi, Allah lahirkan ke dunia tanpa secalit kekotoran. Innocent la kan boleh kata. Sekarang? Encik ‘Manat’ memang telah berjaya lah mengisi hati. Kita yang ambik dia masuk dalam hati kita. Bukan saja kita merelakan hati kita untuk diisi dengan Encik ‘Manat’, kita pertahankan pulak Encik ‘Manat’ ni dalam keadaan Encik ‘Manat’ terancam. Kita sayang betul dekat Encik ‘Manat’ ni. Mesti nak tengok dia kalau beberapa ketika tak ketemu. Balik sekolah, kita cari Encik ‘Manat’. Bangun pagi-pagi Encik ‘Manat’ jugak yang kita nak tengok dulu. Hati kita sentiasa teringat kat Encik ‘Manat’ kalau berjauhan. Fuhhhh penangan Encik ‘Manat’ memang hebat. Apa-apa yang pergi arah berlainan dengan Encik ‘Manat’ semua kita tak layan. Apa yang Encik ‘Manat’ suka memang kita dengan rela hati buat. Bila ada orang tak suka Encik ‘Manat’ kita, kita tension dengan orang tu. “Ehhhh tu kan Encik ‘Manat’ aku, mana boleh lawan dia!” kata hati kita. “Dear Encik ‘Manat’, sorry tau, bukan nak menyakitkan hati Encik ‘Manat’, ok saya takkan lawan lagi Encik ‘Manat’,” kata hati lagi. Orang-orang pelik tengok kita, apasal kita ikut sangat dengan Encik ‘Manat’. Ada jenis yang tak sedar pun dia ada Encik ‘Manat’ dalam hati dia. Dan ada orang yang sedar tapi tetap nak ikut jugak Encik ‘Manat’ tu. Tak tahu jenis mana yang lagi teruk antara dua. Encik ‘Manat’ dah jadi sebahagian diri kita. Kita dah jadi sebahagian dari Encik ‘Manat’.
Encik ‘Manat’. Siapa eh Encik ‘Manat’ ni? Ni bukan manat currency tau. Ni Encik ‘Manat’.
Jom belajar pasal Encik ‘Manat’. Next time insyaAllah.
Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful
O Allah, really, what is it actually that I am looking for in this world?
Soalan yang sangat susah nak jawab. Selalu termenung, duduk senyap, sorang-sorang, dan berfikir. Apa yang aku cari dalam dunia ni sebenarnya? Hari-hari baca berita malaysia online. Ok, dapat menambah pengetahuan. Hari-hari bukak facebook, gelak-gelak sikit, share link here and there, baca/tengok link orang here and there, up to the point of sick of it. Ok, dapat update macam-macam ragam manusia. Ada yang benar dan ada yang fake. Hari-hari usaha nak baca buku, at least sikit la tapi usaha jugak. Ok, dapat topup pengetahuan at least esok boleh la jugak jawab satu dua soalan pop quiz dari prof masa ward round. Hari-hari nervous sebelum masuk hospital untuk rotation. Sebab takut tak dapat jawab soalan prof, which most of the time I failed to do so. Bila masuk bulan lecture, hari-hari bangun pagi dan pergi hospital untuk lecture. Hari-hari tadah telinga, oohhh mesti nak datang lecture sebab yakin dengan keberkatan, tapi kadang-kadang tak usaha pun untuk stay awake throughout the whole lecture. Hari-hari bila tiba masa lunch and dinner pening pikir nak makan apa, nak make sure perut terisi. Ok, asalkan kenyang. Kadang-kadang sampai terlebih kenyang, terlebih makan minum. Hari-hari naik kereta dengan kawan Irish, cuba cari topik untuk disembangkan dalam perjalanan. Kadang-kadang terkeluar jugak topik-topik tak appropriate dengan muslimnya kita. Eh, saya. Ok, takdela nampak budak-budak Malaysia ni tak bergaul langsung kan. Hari-hari lepas balik sekolah, ambik masa sekejap untuk ‘berfikir’. Oh, pandainya orang ni boleh jawab soalan. Oh, cantiknya orang ni she’s so cute. Oh, bijaknya orang ni uruskan masa. Ok, and I’m still there thinking about other people’s performance. Hari-hari bukak iPhone, tengok kalau-kalau ada orang message, either on the text, whatsapp, line, viber. Ok, sangat pathetic kan. Tiap-tiap hujung bulan, or arounf 27th or 28th to be precise, mesti bukak online banking nak cek kalau-kalau cik penaja dah masukkan duit untuk bulan baru. Kalau ada, phew bergembira sikit. Kalau takde, ok bersabar lagi. Lepas tu, bila dah ada duit, ikut mood lah, ada bulan rasa nak menyimpan banyak-banyak, ada bulan rasa nak pegi try restaurant baru, walaupun tak la kewajipan pun pergi makan luar tu.
But, lately, masyaAllah, hari-hari ada terfikir, O Allah, really, what is it actually that I am looking for in this world?
Perfect scores? Perfect winter trips? Perfect housemates? Perfect cooking? Perfect food? Perfect sleep? Perfect look? Perfect skin? Perfect smile? Perfect family? Perfect relationship? Perfect husband? Perfect career?
….and it turns out that none of these are going to satisfy you, and that none of these are going to be perfect.
Easy to say, but most often forgotten.
Which is why Allah is there for us. He, Who is always there for us. Hari-hari, mesti solat yang lima. Tak boleh solat yang rutin semata, hati mesti jugak sama tunduk dengan pergerakan badan kita. Hari-hari, bukak Quran dan baca. Cari meaning dari setiap ayat, apa yang Allah cuba beritahu untuk hari tu. Hari-hari, bila ada kegembiraan, ucap syukur atas nikmat Allah, bila ada kesusahan ucap syukur jugak dan doa moga dimudahkan. Hari-hari, bila bangun pagi, ucap syukur masih dibangunkan sebagai Muslim, bangun awal sikit untuk sujud personal dengan Allah, minta diampunkan dosa yang sebelumnya dan diberi kekuatan untuk hari yang mendatang. Hari-hari sebelum tidur, doa mintak pengakhiran yang baik kalau itu adalah nafas yang terakhir. Hari-hari, bila belajar, belajarlah dengan hati yang terbuka, ingat yang Allah hantar ke lecture or rotations to learn from mistakes. Hari-hari bukak facebook, keep it to the positive ones, jangan hingga jadi fitnah dan mehnah pada diri sendiri. Hari-hari sembang dengan orang lain, pun sama, try to keep to the positive side, jangan jadi fitnah dan mehnah pada diri sendiri. Hari-hari, bila berfikir, muhasabah diri balik, mintak kat Allah sumber kekuatan paling legend takde yang legend selain kekuatan Allah. Hari-hari, mesti kena remind jugak that the biggest nikmat given by Allah is Islam and Iman. So bergembiralah bilamana kita masih bernafas sebagai seorang muslim yang beriman. Bergembiralah bilamana Allah gerakkan hati kita untuk mengingat Allah. Gembira bila Allah panggil solat wajib dan solat malam. Gembira bila Allah beri kesusahan sebab tu signal Allah panggil untuk kita ingat Dia. Gembira bila ada usrah nak kena pegi. Gembira bila ingat pada kawan-kawan and kawan-kawan ingat dekat kita, sebab Allah suruh kita ingat pada mereka. Gembira yang Allah masih pilih kita.
….and keep on praying to Allah, hoping that He is going to give kefahaman dalam agama pada kita, supaya kita boleh jadi seorang muslim yang sempurna, insyaAllah.
Saudaraku,
Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang Muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.
Yaaaahhhhh, yoshhhhhhhhhhhhh O_O
nyum2…sedapnye sushi….
manusia ni kecik je kan? dan sangat vulnerable as well. baru infected dengan something that I didn’t know, I’m already grounded to my own bed, myalgia, headache, blocked nose and not able to meet those beautiful hearts out there :’(
that’s me, sila doakan saya kerana sesungguhnya “Tidaklah seorang mukmin ditimpa sesuatu kelelahan atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (dosa) kerananya” (hadis riwayat Bukhari)
ok senyum balik. Allah nak hapus dosa saya yang tak terbayang banyaknya, seperti buih di lautan, mahupun seperti batu-batu hexagon Giant’s Causeway….
and to those beautiful hearts out there,
xoxo, you know I love you,
Jannah
30/6/2010
Sungai Buloh
5/6/2010
Kg Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh
10/07/2010
Semenyih, Selangor
18/07/2010
Kuala Woh, Tapah, Perak
21/8/2010 (cuba teka baju raya siapa)
Taman Tapah
27/10/2010
…and my summer ends. Trinity College Dublin
28/10/2010
Let’s kickstart with some Edamame!! Clarendon Street.
Bismillahirrahmanirrahim
Bismillahirrhmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Allah Yang Maha Besar membenarkan aku menulis lagi di sini.
Ehem *masih menahan jerit*
“AAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaa rancangan raya datang menyeraaaaaanggggg!!!!!! Aduuuuuoohhh gimana niii…..Kaget gue!”.
Nahh, sampai kaget aku dibuatnya. Macam mana tak kaget? Ramadhan belum lagi berakhir. Ade lagi beberapa malam untuk kita sibuk beribadah nak tangkap semua pahala dan berusaha memecahkan Tembok Besar Dosa. Kuatnye ibadah dalam bulan puasa ni. Tapi, ada jugak tersilap dan terlalai. Kadang-kadang, waktu petang aku tengok rancangan yang tak sepatutnya. Bila malam, aku dah tak boleh fokus untuk solat. MasyaAllah, terugilah malam aku tu. Entah-entah, malam tu yang Allah pilih untuk Lailatulqadar T_T. Sudah terlepaskah aku daripada menjadi salah seorang yang dikurniakan malam Lailatulqadar? Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedih2. T_T lagi.
Lepas tu, hamparan rancangan tv untuk lebaran dah mula diiklankan. Kalau dalam Ramadhan pun belum dapat ibadah dengan maksimum, inikan pulak dalam Syawal yang bertimbun rancangan laghanya. Setiap channel ade berpuluh-puluh show sempena Syawal. Kadang-kadang, pelik jugak. Yang nak diraikan is Syawal, tapi rancangan yang ditayangkan is Emmy Awards (just to name one of the many other). Hurm aku musykil aku musykil. Saje je nak buat lagi susah nk resist tengok tv kan. Walaupun mungkin tahu je rancangan tu pelik dan tak sesuai untuk ditonton, ada masa hati manusiaku mengajak jugak untuk duduk depan tv dan menonton. Saje je tau. Huih susah betul.
Tapi, aku rasa la, salah satu cara aku nak elak ialah dengan berdoa. Doa dari sekarang, sementara bulan Ramadhan masih lagi bersama kita. Doa dalam bulan ni kan mustajab. Mintaklah dengan sungguh-sungguh moga-moga hati tak cepat tergoda untuk buat perkara yang tak pekdah bila Ramadhan dah habis nanti. Moga amal dalam bulan Ramadhan yang bakal berlalu tak hanya jadi setakat amal bulan Ramadhan, bukan amal pada bulan lain. Moga amal kita tu jadi fuel yang banyakk. Arghh tensi jugak memikirkan, mampukah aku tettep kuat untuk bulan-bulan yang akan datang. Mungkin dalam bulan puasa, aku ada motivasi, iaitu ganjaran yang gedddi (besar) loh. Tapi, bulan lain takde. So, tak ibadah kuat-kuat kah? T_T lagi.
Tapi, tak boleh lupa, Aidilfitri bukanlah satu musibah, malah ia adalah hadiah teristimewa dari Allah untuk hambanya yang berpuasa. Waaahhh, bestnya dapat hadiah! Tapi, harap-harap berbaloilah aku dapat hadiah tu nanti, sebab takut macam tak layak je untuk dapat hadiah tu. T_T lagi. Hurm, semoga dalam bulan Syawal ni jugak aku tak lah buat perkara-perkara yang tak sepatutnya. Harap-harap semangat raya ni tak melunturkan roh Ramadhan kita.
Binasalah seseorang yang didatangi Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. -Jibril-
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin. -Nabi Daud-
Ya Allah, jangan Kau jadikan Ramadhan ini kali yang terakhir bagiku, datangkanlah ia lagi dan lagi. Kerana kami belum puas mencari ganjaran pahala dalam limpah rahmat kebaikanMu…
ps: One of my teacher in kmb just lost her husband after a coma due to an accident. She’s very young and bright in person. May Allah strengthen her heart to face His challenge. Ameen.
ini kuih semalam. tapi kali ni, aku tak buat pun, mak yang sediakan. aku tinggal bungkus je. inilah dia: abuk-abuk. senang amat dehh. (kali ini tiada gambar, terlupa nak ambil semalam, tiba-tiba aja udah abis)
Mula-mula, sila rendam sagu. rendamlah sebanyak mana yang anda nak makan. selepas itu, toskan. campur dengan kelapa putih dan sedikit garam. kemudian, ambil sedikit dan taruk di atas daun pisang yang telah dibersihkan. letak sikit gula melaka. taruk sikit lagi sagu dan balut. selepas semua siap dibungkus, bolehlah dikukus selama lebih kurang 15minit. tantantan siap =)
p/s: kuih ini mungkin tak boleh dibuat di dublin, memandangkan tiada daun pisang di sana.
pp/s: resepi2 yang ditulis di sini semata-mata untuk kegunaan sendiri pada masa hadapan. kalau ada yang membaca, dipersilakan.
sekian, terima kasih.
wassalam.
assalamualaikumm
hari ni, cerita kuih cara manis pulak ye.
sediakan air pandan. campur dengan 2 senduk tepung gandum dan sedikit air untuk jadikannya cair macam nk buat jemput. then, tambah sebiji telur ye. kemudian, blend je sebab nak bagi takde berketul2. ape pun, mesti tapis, tau! kemudian, sapu sikit minyak pada acuan, pasang api kecil. tuang sikit bancuhan dalam acuan, bubuh sikit gula di tengah2, tunggu hingga masak. mula-mula, memang perit untuk mengeluarkan cara yang dah masak sebab melekat! tapi, yang dah terkemudian, amatlah senangnangnang gitu. ok, dah siap!
warnanya gelap, tapi rasanya memikatt!
p/s: dah habis makan, ucapkanlah ALHAMDULILLAH kerana Allah kurniakan rasa yang begitu sedap untuk kita nikmati ^^