Assalamualaikum.
Merujuk kepada perkara di atas, saya, Jannah bt Mat Noh (no IC: 521932-48-7746), bekas pengangkat beg di no. 8, taman tapah, ingin melaporkan keadaan diri sendiri: kepenatan.
ha ha ha.
meh aku ceghite ngapenye aku penat bebenor ni. takde le penat sampei tak boleh bejalan. ate jalannye ke mane-mane ajee…ceghitenye panjang. kalo maleh, ha udah le tu. tak payah bace ye.
majlis walimatul arus kakak saya, sarah mat noh di teluk intan
majlis yang telah dirancang begitu lama. proses membeli-belah, mengangkat barang, menyusun barang, segala-galanya mengenai barang. kenduri buat kat teluk intan, rumah ada kat tapah. maka, bersambunglah proses mengangkat barang untuk melengkapkan rumah teluk intan serba sebanyak. bila dah dekat tarikh kenduri, jiran-jiran mula mengunjungi rumah untuk melihat persiapan. masa tu, maaflah, tak de ape yang tersedia sangat. bilik pengan pun dah akhir-akhir baru siap. siaplah jugak ye. kakak pula sibuk bekerja, kurang masa untuk merancang perkahwinan sendiri. kemudian, pasal hantaran pulak. penat berfikir nak buat macam mana hantaran tu. letak bunga tipoo ke, letak kain kaler ape dan sebagainya. barang-barang hantaran semua dah ada dibeli oleh kakak hikmah (best woo barang dia). last skali we choose to use fresh flowers for the hantaran. kisahnye, pegi la carik orang untuk siapkan gubahan tu kat pasar besar teluk intan. aiyyaa itu nyonyaaa. sangat susah mau paham. due-due (nyonya dan kami) pon tak paham. dengan bantuan kak shima dari kedai sam, kami jumpe lah sebuah kedai florist yang memang keje die menggubah bunga segar. dapatlah gubahan yang cantik untuk rm15 sebekas hantaran. bunga tangan pun pakai bunga segar harganya rm50. wah sweetnye wedding kakak. jeles i….
kawan-kawan i yang sporting datang join untuk kenduri itu juga. iman dari jb (jauhnye) dan aisyah rahman, atiqah zainal dan safiqah sharil dari kl (tapi safiqah yang pening. kene belanje die 100+). kerja untuk dibuat tak lah banyak. kebanyakannya dah siap sebelum mereka sampai. so, banyak duduk-duduk aje la. kami dapat bilik tumpangan kat rumah sebelah iaitu rumah makcik normah. dan berkongsi bilik air dengan anak perempuannya, nabilah. takpe, layan. aisyah pula mengalami krisis pakaian malam tu memandangkan dia hanya ada sepasang baju kurung, sedangkan malam tu ade majlis nikah dan esok ade actual kenduri kat dewan. aisyah insist die nak duduk kat dapur je. aah yela tu takdenye. malam tu, majlis nikah berjalan lancar. ruang tamu kami tak la besar so tak ramai orang dapat menyaksikan proses nikah. aku tersangkut di belakang disebabkan ingin mengambil tripod untuk kamera. alhamdulillah lepas tu dapat la jugak menyelit kat ruang tamu. malam tu, aku tidur pukul 12 dengan kawan-kawan kat umah sebelah. ghupenye, ibu tidur pukul 2.30 pagi skali ngn maksu, paksu dan cik mai. tau tak depa buat ape? potong daun untuk buat bunga rampai. alahai napelaa aku tidur awal sangat.
esok pagi, aku bangun awal dan tolong-tolong sikit kat rumah. kawan-kawan yang lain sedang tidurrrr kat rumah sebelah. hehe. takpe, mak aku kate takpe. lepas makan bihun, kami pun pegi la ke dewan (tempat kenduri). singgah sebentar di menara condong teluk intan. kami naik atas tapi tangga dia menakutkan. tapi naik jugaklah. lepas tu, pegi dewan, makan lauk dendeng, udang dan ayam sambal. makan aiskrim dan bubur. ambil gambar dan video. ketibaan pengantin dengan anak kembar pakcik najib sebagai flower girls. sweet.
4 Comments
kok capek ya mbak?
waduh, gemana kapan mbak bernikah ya?
tiba sore baru udah pengsan gitu!
itu karena aku yang buat kerja. tiba masa aku menikah ya orang lain yang perlu bekerja untukku. makanya aku nggak akan capek yaa…
ngapain ditunggu lagi?
ayo dinikah saja mbak, pacar ngak ada ya?
penat masih xabes erk sampai skrg?