kasih ibu takde tepi. betul kan?
semalam, waktu menunjukkan pukul 12.01 tengah malam. semua orang dah siap-siap nak tidur. lampu pun dah tutup. tiba-tiba kak imah bangun dan mengetuk pintu bilik ibu dan abah. aku tengok kak imah bawak sebotol minyak mastika. oh rupanya dia sakit kaki. terus je dia duduk kat tepi ibu dan ibu pun mula mengurut kakinya. bila ibu tengok, rupanya kak imah sedang demam. memang patut pun dia sengal-sengal badan tu. lepas ibu urut tu, kak imah pun keluar bilik dan baring di sebelah aku. tapi nampaknya kak imah tak dapat tidur. pasti tak selesa. melihat begitu, ibu pun keluar dari biliknya dan duduk di sebelah kak imah. ibu mula mengurut kaki kak imah, cuba membantu kak imah untuk tidur. anak ibu yang paling kecik pun dah berumur 20 tahun. kak imah tu dah mencapai 23 tahun tapi masih mendapat layanan sebegitu daripada ibu. wah inilah layanan terbaik untuk anak-anak ibu sebelum tidur ketika demam. paling best.
lepas tu, ibu cerita, kadang-kadang, pada waktu malam, ibu tak dapat tidur. ibu termenung sahaja memikirkan tentang anak-anak. anak yang ini demam, anak yang ini ada masalah, anak yang ini dah lama tak telefon. tapi, abah ada di sisi. abah akan tepuk-tepuk bahu ibu. abah kata, “sabar ye”. aku jadi sebak mendengar cerita ibu. ibu bercerita bukan untuk meminta simpati anak-anak tapi begitulah pengorbanan seorang ibu. terima kasih ibu dan abah. semoga ibu dan abah sentiasa dilindungi oleh Allah swt.
7 Comments
mmg sifat semua ibu macam tu, ang nanti jadi la camtu
touching jugak aku akhirnya…sob3…mcm xnak gi oversea plak..
bila nak pos gambar pakaian berbulu beruang kutub itu?
wuhuhuh i felt so ‘cool’ in it! =P
skrg pukul 3.00 pagi dan aku xley tido kerana demam,gatal2 badan, lapar dan sakit tekak…tp aku xsanggup nak kejut mama…sbb mama kalau jenis bangun pagi dah xley nak tido balik…(sori weh menyemakkan ruangan komen ko tp serius tertekan xley tido nih)
kalau mama kau tau, sure die teharu sbb anak die memikirkan jugak keadaan die walaupun anak die tu tgh sakit. yang mana mak kita kalau dia sakit dia jugaklah yang memasak dan jaga anak2.xpe mon. ada kebaikannya tu insya Allah…