tadi selepas berbuka puasa, kami terdengar bunyi letupan meriam berhampiran rumah kami. bunyi itu agak kuat dan menyebabkan grill rumah kami bergoyang sedikit. aku dan kak imah agak teruja mendengarkan bunyi itu walaupun sudah mendengarnya semasa berbuka puasa di kampung semalam. tetapi, bunyinya agak berbeza.

abah yang sedang membaca quran ketika itu mula bercerita kepada kami apa yang mnyebabkan bunyinya berbeza. abah kata masa abah kecik-kecik dulu, abah main juga meriam ni di kampung. ada kawan-kawan abah yang kurang pandai buat meriam, abahlah yang jadi tuk gurunya (ni memang abah yang cakap macam ni ye). abah kata meriam mesti ditanam dalam-dalam. kalau dah meletup tak kena aje bunyinya, mesti korek balik dan tanam semula dengan lebih dalam. kalau bunyi tak sedap, nanti kena gelak aje dengan orang kampung. malu la macam tu. lepas tu, abah akan ambil tanah kubur untuk menutup lubang meriam tu. katanye bunyi akan lebih sedap. tapi, abah pun cerita macam tak percaya je (mungkin masa kecik-kecik dia memang mengamalkan begitu). kalau lagi rajin, ambil batang kelapa dan belah dua. letak meriam kat tengah-tengah. yang itu akan menghasilkan bunyi tembakan yang lebih panjang kata abah. kadang-kadang, untuk menjadikan letupan meriam lebih hebat, meriam akan disusun dalam satu barisan sebanyak tujuh atau lapan biji meriam. meriam-meriam itu akan dicucuh dengan api secara berturut-turut. maka wujudlah bunyi letupan bertalu-talu yang memang berjaya menggegarkan kampung sungai tiang darat. hehehe asalkan abahku bahagia.

p/s: selamat berpuasa dan berbuka. rebutlah dua kegembiraan yang hadir bersama bulan Ramadhan ini!

One Comment

  1. salam ramadhan dari ex-kmbian di bumi eire.. blog hopping.. rajin2, meh laa lompat2 ke my blog.. :)


Post a Comment

*
*