Skip navigation

Monthly Archives: August 2010

ini kuih semalam. tapi kali ni, aku tak buat pun, mak yang sediakan. aku tinggal bungkus je. inilah dia: abuk-abuk. senang amat dehh. (kali ini tiada gambar, terlupa nak ambil semalam, tiba-tiba aja udah abis)

Mula-mula, sila rendam sagu. rendamlah sebanyak mana yang anda nak makan. selepas itu, toskan. campur dengan kelapa putih dan sedikit garam. kemudian, ambil sedikit dan taruk di atas daun pisang yang telah dibersihkan. letak sikit gula melaka. taruk sikit lagi sagu dan balut. selepas semua siap dibungkus, bolehlah dikukus selama lebih kurang 15minit. tantantan siap =)

p/s: kuih ini mungkin tak boleh dibuat di dublin, memandangkan tiada daun pisang di sana.

pp/s: resepi2 yang ditulis di sini semata-mata untuk kegunaan sendiri pada masa hadapan. kalau ada yang membaca, dipersilakan.

sekian, terima kasih.

wassalam.

assalamualaikumm

hari ni, cerita kuih cara manis pulak ye.

sediakan air pandan. campur dengan 2 senduk tepung gandum dan sedikit air untuk jadikannya cair macam nk buat jemput. then, tambah sebiji telur ye. kemudian, blend je sebab nak bagi takde berketul2. ape pun, mesti tapis, tau! kemudian, sapu sikit minyak pada acuan, pasang api kecil. tuang sikit bancuhan dalam acuan, bubuh sikit gula di tengah2, tunggu hingga masak. mula-mula, memang perit untuk mengeluarkan cara yang dah masak sebab  melekat! tapi, yang dah terkemudian, amatlah senangnangnang gitu. ok, dah siap!

warnanya gelap, tapi rasanya memikatt!

p/s: dah habis makan, ucapkanlah ALHAMDULILLAH kerana Allah kurniakan rasa yang begitu sedap untuk kita nikmati ^^

ok ni kuih yang baru dibuat tadi. kesimpulannya: buah melaka.

beberapa senduk tepung pulut, campur dengan sesudu tepung beras. daun pandan sebanyak 7 atau 8 helai ditumbuk, dan dicampur dengan air untuk mendapat patinya. campur dengan tepung tadi. kemudian, tambah air secukupnya untuk menjadikan sebuah doh. dapatlah doh yang berwarna hijau yang cantik.

gula kabung, kalau takde gula melaka, dipotong kecil2 untuk dimuatkan ke dalam sebiji kecil buah melaka. sebiji buah melaka berisi gula kabung dimasukkan ke dalam periuk berisi air mendidih. biarkan sekejap untuk masak. tanda dah masak ialah bila buah melaka terapung. maka angkatlah bila dah masak. angkat dan letak ke atas kelapa putih campur garam sedikit. golek-golekkan dan taraaa hidang!

nah ini dia resepinya. tapi die takde sukatan tau, mak i pun tak pakai sukatan. ini mmg sgt manual, so bear with me ok.

bahan 1
Pulut akan expend 100%, so amek pulut separuh dari ketinggian pulut yg kita nak. rendam selama stengah jam. pastu, tos n masuk balik dlm acuan. tuang santan cair yg dibubuh garam sikit sesedap rasa ke atas pulut, elok2 je tutup permukaan pulut tu. put aside.

bahan 2
nk buat kepala seri muka. santan biasa, bukan santan cair + air pandan frm daun pandan yg diblend + telur 2 atau 3 biji + gula agak2 manis. kacau semua biar sebati. tambah tepung gandum, yg ni memerlukan supervision mak2 korg sbb xnk jadi keras sgt kepala die, biar elok2 je lembut. kalau takde supervision pun takpe, pandai2 la korg hehe. tambah sikit tepung beras atau tepung jagung, mane2 pun boleh. mix sampai takde berketul. put aside.

bahan 1, dh elok2 dlm loyang, kukus dlm pengukus for half an hour. tp from time to time, cm selang 10min, cek la kot2 dh masak. takmau overcooked kan. dh masak, tanpa mengeluarkan loyang dari pengukus, korg tekan2 sikit pulut tu, kasik compressed sikit. tekan pakai sudip pun takpe. then, tuang bahan 2 atas die, agak2 la tinggi brape korg nk kepala die. sambung masak, myb stengah jam jugak. taraaa siap! rasa sedap tak sedap hanya selepas buka puasa okey :)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.