Skip navigation

Bismillahirrhmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Allah Yang Maha Besar membenarkan aku menulis lagi di sini.

Ehem *masih menahan jerit*

“AAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaa rancangan raya datang menyeraaaaaanggggg!!!!!! Aduuuuuoohhh gimana niii…..Kaget gue!”.

Nahh, sampai kaget aku dibuatnya. Macam mana tak kaget? Ramadhan belum lagi berakhir. Ade lagi beberapa malam untuk kita sibuk  beribadah nak tangkap semua pahala dan berusaha memecahkan Tembok Besar Dosa. Kuatnye ibadah dalam bulan puasa ni. Tapi, ada jugak tersilap dan terlalai. Kadang-kadang, waktu petang aku tengok rancangan  yang tak sepatutnya. Bila malam, aku dah tak boleh fokus untuk solat. MasyaAllah, terugilah malam aku tu. Entah-entah, malam tu yang Allah pilih untuk Lailatulqadar T_T. Sudah terlepaskah aku daripada menjadi salah seorang yang dikurniakan malam Lailatulqadar? Aaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedih2. T_T lagi.

Lepas tu, hamparan rancangan tv untuk lebaran dah mula diiklankan. Kalau dalam Ramadhan pun belum dapat ibadah dengan maksimum, inikan pulak dalam Syawal yang bertimbun rancangan laghanya. Setiap channel ade berpuluh-puluh show sempena Syawal. Kadang-kadang, pelik jugak. Yang nak diraikan is Syawal, tapi rancangan yang ditayangkan is Emmy Awards (just to name one of the many other). Hurm aku musykil aku musykil. Saje je nak buat lagi susah nk resist tengok tv kan. Walaupun mungkin tahu je rancangan tu pelik dan tak sesuai untuk ditonton, ada masa hati manusiaku mengajak jugak untuk duduk depan tv dan menonton. Saje je tau. Huih susah betul.

Tapi, aku rasa la, salah satu cara aku nak elak ialah dengan berdoa. Doa dari sekarang, sementara bulan Ramadhan masih lagi bersama kita. Doa dalam bulan ni kan mustajab. Mintaklah dengan sungguh-sungguh moga-moga hati tak cepat tergoda untuk buat perkara yang tak pekdah bila Ramadhan dah habis nanti. Moga amal dalam bulan Ramadhan yang bakal berlalu tak hanya jadi setakat amal bulan Ramadhan, bukan amal pada bulan lain. Moga amal kita tu jadi fuel yang banyakk. Arghh tensi jugak memikirkan, mampukah aku tettep kuat untuk bulan-bulan yang akan datang. Mungkin dalam bulan puasa, aku ada motivasi, iaitu ganjaran yang gedddi (besar) loh. Tapi, bulan lain takde. So, tak ibadah kuat-kuat kah? T_T lagi.

Tapi, tak boleh lupa, Aidilfitri bukanlah satu musibah, malah ia adalah hadiah teristimewa dari Allah untuk hambanya yang berpuasa. Waaahhh, bestnya dapat hadiah! Tapi, harap-harap berbaloilah aku dapat hadiah tu nanti, sebab takut macam tak layak je untuk dapat hadiah tu. T_T lagi. Hurm, semoga dalam bulan Syawal ni jugak aku tak lah buat perkara-perkara yang tak sepatutnya. Harap-harap semangat raya ni tak melunturkan roh Ramadhan kita.

Binasalah seseorang yang didatangi Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. -Jibril-

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin. -Nabi Daud-

Ya Allah, jangan Kau jadikan Ramadhan ini kali yang terakhir bagiku, datangkanlah ia lagi dan lagi. Kerana kami belum puas mencari ganjaran pahala dalam limpah rahmat kebaikanMu…

ps: One of my teacher in kmb just lost her husband after a coma due to an accident. She’s very young and bright in person.  May Allah strengthen her heart to face His challenge. Ameen.

3 Comments

  1. cik J.. cikgu siapakah??

  2. miss nazliah. urm jen, is that how we spell her name?

    aah kan, betul about the part yang tv menggoda-goda tu.. stress i.. :(

  3. aah miss nazliah. cikgu ee aku dlu. selamat hari raya aisyah. heeeee maafin dehh semua kesalahan.

    huhu iman. jum2, stress same2. hehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.