Skip navigation

Monthly Archives: January 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar, jaulah ini adalah jaulah terbaik pernah saya lalui. MasyaAllah, bumi Mesir banyak membuatkan saya berfikir dan reflect diri. Ia juga adalah bumi yang mencabar. Berada di Mesir saja sudah membuatkan saya berasa bertuah dan takut. Bertuah kerana berpeluang melihat sendiri perkara yang Allah sebut dalam alQuran dengan kesedaran Islam, dan takut kerana kekuasaan Allah benar-benar jelas di depan mata.
Sebelum memulakan jaulah, saya berdoa moga Allah buka hati saya seluas-luasnya untuk menerima apa saja tarbiah dari Nya dalam musafir ini. Dan Alhamdulillah, saya rasa Allah mendengar kata-kata saya. anda pun tahu segala perkara mengenai Mesir yang Allah sebutkan dalam al Quran. Melihat kehebatan Firaun dengan Piramidnya, membuatkan hati lebih tunduk kepada Allah. Betapa Allah memelihara tempat itu selama-lamanya untuk manusia belajar daripadanya, mengambil teladan dari akibat yang menimpa Firaun. Firaun ini yang sangat jahat tak tahu nak describe, betapa dia memang betul2 yakin bahawa dia adalah Tuhan. Bahkan Allah menyebut Firaun sebagai orang yang paling jahat sekali. Begitu juga perasaannya apabila melihat Tasik Qarun yang luas tidak terkata. Nauzubillah, kita sama-sama berdoa semoga kita dipelihara daripada memiliki sifat-sifat Firaun.
Saya juga berpeluang mengunjungi tempat orang-orang besar dalam Islam; Imam Syafie, Rabiatul Adawiyah, Nabi Saleh, Nabi Musa, Nabi Yusuf, Abu Dzar, Salahuddin al Ayubi, Sultan Qaitbay. Semuanya mempunyai kisah tersendiri dalam sejarah Islam. Dan dengan melihatnya sendiri, wujud perasaan tak tergambar dalam hati. Semasa predept Sinai (bercerita kisah Nabi Musa) by Milah (sisters Mesir), sangat suka dengan kata-katanya: mahu tawakal yang tinggi seperti ibu nabi Yusuf, mahu keberanian seperti kakak nabi Yusuf dan mahu yakin seperti Asiah! Alhamdulillah, semua itu menjadi dekat kerana Islam.
Mesir juga sangat cantik! Saya pun tak sangka. hehe. Subhanallah, ketika melihat padang pasir seluas mata memandang, bertemu pula dengan langit biru putih di hujung sana. Kalau tidak padang pasir, pantainya juga sangat indah! Warna laut ada 3 lapis, tak pernah saya tengok. Kalau tidak pantainya, Bukit Sinai lagi lagi lagi cantik. Nak naik bukit Sinai tu memang satu cabaran yang hebat, sejuk dan letih! kami ambil masa 3jam setengah untuk sampai ke atas. tapi, it’s worth every second. Alhamdulillah, seronok sangat dapat tengok matahari terbit di atas awan. Kita boleh duduk melihat matahari selama berjam-jam kerana kecantikannya, tapi tak tahan sebab sejuk sangat. Allah lah yang berkuasa mencipta semua yang hebat ini. sempat juga qiam dan solat Subuh berjemaah. iaitu di tempat ibadah Nabi Musa.
saya suka jugak sebab dapat jumpa dgn ramai sisters. adik2 semua semangat2. despite diorg ramai yg nak exam, mereka tetap setia melayan kami. sisters cairo, alex dan mansoura. ramai yang tak pernah kenal pun sebelum ni tapi layan kami macam dah kawan lama. antara rumah RI yang dilawati adalah kauthar, badar313, anfaal, lia safura. banyak lagi rumah lain tapi tak sempat melawat. alhamdulillah, Allah gather us on the same road. banyak sharing dan banyak belajar dari tarbiah mereka semua. sharing dari mereka really makes me think apa reason saya masih berada atas jalan dakwah. dan membuatkan saya nak capai dakwah rabbaniah. amin2, moga Allah bantu kita semua. Selain tu, sharing tentang life di sana pun sangat best. dapat belajar bahasa arab, masuk kelas hafal al Quran, lecturer yang berbincang mengenai Nabi Musa semasa teaching, orang-orang Mesir yang sentiasa membaca al Quran dan banyak lagi. Kita juga dapat lihat kehidupan orang-orang Mesir yang ditindas, terutama dari segi ekonomi. Namun, masih ada mutiara-mutiara di sebalik debu-debu Mesir. Survival skill mesti sangat tinggi, contohnya lintas jalan tak perlu tunggu kereta berhenti. Suasana yang sangat berbeza dengan Dublin, mahupun Malaysia. Masa tu saya sangat tak sihat dan menyusahkan sisters je sbb terpaksa jaga saya. anyways, saya rasa sangat disayangi TT saya pergi mana2 pun sentiasa sisters akan concern keadaan saya n bagi ubat segala macam supaya sihat – panadol, inhaler, ubat selsema, ubat batuk, habbatus sauda, madu, air limau panas, air asam jawa, strepsils. semua orang mendoakan supaya saya sembuh, alhamdulillah dah sembuh sekarang.
betul ni, saya harap Allah beri saya peluang untuk pergi Mesir lagi. suasananya, adventurenya, sistersnya, DnTnya, keberkatannya, huhu apa pun, Allah dah letakkan saya di tempat yang terbaik utk saya, di Ireland. Ireland pun tetap bumi Allah jugak. doakan semoga Allah bantu kita semua dalam menghadapi nikmat ujianNya. i michu semua! semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Sekian.
wassalam
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.